Wednesday 23 August 2017

Life As A Journey...


Ada sesetengah perkara yang berlaku dalam hidup kita, kita simpan sendiri. Hati meronta-ronta mahu meluahkan kepada mereka yang ada di sekeliling kita so that mereka akan faham, atau maybe mereka boleh memberi semangat dan nasihat. Tapi tidak semua benda boleh kita kongsikan dengan orang lain dan itu sebabnya kita lebih memilih untuk simpan sendiri. Telan apa yang berlaku walau sepahit manapun rasanya. Kerana kita tidak tahu bagaimana penerimaan mereka kelak. Positif. Boleh jadi juga negatif. Sifat manusia sangat abstrak. Kita tak boleh nak jangka. Kadang-kadang kita rasa orang yang paling rapat dengan kita itulah yang terbaik, yang boleh kita percayai. Tapi siapa sangka dia gunting di dalam selimut? Siapa sangka dia akan sanggup menikam belakang kita? Raut wajah menzahirkan ketulusan, tapi di dalam hati Allah yang Maha mengetahui.

Ada benda yang berlaku dalam hidup kita bukan seperti yang kita mahukan. Tak pernah kita pinta benda itu terjadi. Tapi bila perkara yang paling tidak diingini itu berlaku siapa pula yang harus dipersalahkan? Mahu menyalahkan takdir yang tidak memihak kepada kita? Salahkan mereka yang berada di sekeliling kita yang menyebabkan perkara itu terjadi? Atau meletakkan semua kesalahan di atas bahu sendiri?

Setiap apa yang berlaku itu walau bukan atas kerelaan dan kemahuan kita, yakinlah ada hikmah di sebaliknya. Kita mungkin tidak akan nampak hikmahnya dalam jangka masa yang dekat. Tapi bila kita bersabar, harungi setiap dugaan itu dengan tabah sambil cuba untuk muhasabahkan diri, pasti kita akan ketemui juga jawapannya kelak. Yes, kita akan lalui saat dimana kita akan rasa down sangat. Tapi bila kita rasa kekuatan itu seolah hilang, ingatlah, Allah swt sentiasa ada bersama kita. Allah takkan pernah meninggalkan hambaNya. Pintalah kepada Allah, berdoa padaNya untuk diberi kekuatan, kesabaran dan keikhlasan dalam mengharungi liku-liku sebuah kehidupan. Yakin dengan ketentuan Illahi. Roda hidup kita tak semestinya sentiasa berada di atas, ada masa ia akan jatuh ke bawah. Namun itu tidak bermakna kita tidak boleh naik ke atas semula. Cuma memerlukan masa dan usaha.

Hidup tidak selalunya indah. Tapi yang indah itu selalu hidup di dalam kenangan. Dan di dalam setiap kenangan itu terselitnya pengajaran yang sangat bernilai harganya untuk kita jadikan pedoman pada hari yang mendatang. As long as kita tak berputus asa dan sentiasa yakin dengan kuasa Allah, InsyaAllah, semuanya akan dipermudahkan :)


Cheers!


No comments:

Post a Comment