Friday 8 September 2017

Kala Diam.


Setiap apa yang aku lakukan,
aku membayangkan kita.

Sungguhpun aku cuma duduk diam,
aku tetap membayangkan kita.

Walau aku cuma merenung hujan renyai yang turun membasahi bumi,
Walau aku cuma memerhati dedaun di pokok yang menari ditiup angin,
Walau aku cuma memandang kepulan awan yang berarak perlahan di dada langit.

Hati aku tidak membutuhkan bicara cintamu sepanjang masa,
Tidak juga perlu disogok intan permata.
Cukup bagiku kamu selalu ada di sisiku.
Menemani aku kala terang dan kelam.

Dan di kala diam,
di mana dirimu sentiasa berlegar dalam fikiran
bibir ini mengukir senyum tanpa sedar :)

Wednesday 23 August 2017

Life As A Journey...


Ada sesetengah perkara yang berlaku dalam hidup kita, kita simpan sendiri. Hati meronta-ronta mahu meluahkan kepada mereka yang ada di sekeliling kita so that mereka akan faham, atau maybe mereka boleh memberi semangat dan nasihat. Tapi tidak semua benda boleh kita kongsikan dengan orang lain dan itu sebabnya kita lebih memilih untuk simpan sendiri. Telan apa yang berlaku walau sepahit manapun rasanya. Kerana kita tidak tahu bagaimana penerimaan mereka kelak. Positif. Boleh jadi juga negatif. Sifat manusia sangat abstrak. Kita tak boleh nak jangka. Kadang-kadang kita rasa orang yang paling rapat dengan kita itulah yang terbaik, yang boleh kita percayai. Tapi siapa sangka dia gunting di dalam selimut? Siapa sangka dia akan sanggup menikam belakang kita? Raut wajah menzahirkan ketulusan, tapi di dalam hati Allah yang Maha mengetahui.

Ada benda yang berlaku dalam hidup kita bukan seperti yang kita mahukan. Tak pernah kita pinta benda itu terjadi. Tapi bila perkara yang paling tidak diingini itu berlaku siapa pula yang harus dipersalahkan? Mahu menyalahkan takdir yang tidak memihak kepada kita? Salahkan mereka yang berada di sekeliling kita yang menyebabkan perkara itu terjadi? Atau meletakkan semua kesalahan di atas bahu sendiri?

Setiap apa yang berlaku itu walau bukan atas kerelaan dan kemahuan kita, yakinlah ada hikmah di sebaliknya. Kita mungkin tidak akan nampak hikmahnya dalam jangka masa yang dekat. Tapi bila kita bersabar, harungi setiap dugaan itu dengan tabah sambil cuba untuk muhasabahkan diri, pasti kita akan ketemui juga jawapannya kelak. Yes, kita akan lalui saat dimana kita akan rasa down sangat. Tapi bila kita rasa kekuatan itu seolah hilang, ingatlah, Allah swt sentiasa ada bersama kita. Allah takkan pernah meninggalkan hambaNya. Pintalah kepada Allah, berdoa padaNya untuk diberi kekuatan, kesabaran dan keikhlasan dalam mengharungi liku-liku sebuah kehidupan. Yakin dengan ketentuan Illahi. Roda hidup kita tak semestinya sentiasa berada di atas, ada masa ia akan jatuh ke bawah. Namun itu tidak bermakna kita tidak boleh naik ke atas semula. Cuma memerlukan masa dan usaha.

Hidup tidak selalunya indah. Tapi yang indah itu selalu hidup di dalam kenangan. Dan di dalam setiap kenangan itu terselitnya pengajaran yang sangat bernilai harganya untuk kita jadikan pedoman pada hari yang mendatang. As long as kita tak berputus asa dan sentiasa yakin dengan kuasa Allah, InsyaAllah, semuanya akan dipermudahkan :)


Cheers!


Sayang!


Verse:
Baruku sedari
Bila tiba malam ku rindukan dirimu
Waktuku terhenti
Suaramu menghias seluruh jiwaku

Terus terang 
Percayahlah diriku
Bilaku berkata

Chorus
Bulan dilangit memberi cahaya
Menyinari ke arah dirimu sayang
Yakinkan aku yang engkau terakhir
Buat diriku selama-lamanya 

Sayang

Bridge:
Tuhan tolonglah aku
Jaga dirinya untukku
Kerna ku mencintainya
Dengan seluruh hatiku



My first song,
0012/230817

Tuesday 8 August 2017

Sejarah Silam.

Benar,
apa yang di belakang itu sukar untuk dilepaskan.
Namun bukan bererti kita meninggalkannya.
Apa yang di belakang itu walau sukar untuk dibuang,
namun bukan untuk kita kenang-kenangkan.
Setiap apa yang terkandung di belakang itu,
tidak kira perit bagaimana sekalipun,
jangan lagi disimpan dan diungkit.
Cukup sekadar ia menjadi memori di dalam ingatan.
Usah biar ia menghantui dan mengganggu perjalanan masa depanmu.


Sunday 6 August 2017

Kurniaan Cinta Daripada Sang Kekasih Yang Abadi.


Kau sudahpun menempuh banyak luka-luka selama hidupmu.
Hingga kau jadi seperti apa adanya kau sekarang.
Yang masih gagah melayari bahtera kehidupan.
Yang masih tabah mengharungi ranjau duri kehidupan.
Namun masih jua kau mampu untuk ukir senyum manis.
Sedarkah engkau,
itu sebuah kurniaan cinta?
Kerana,
di antara jiwa sama Tuhan,
Dia Maha Mengetahui,
rasa yang kau hadapi.


Berubah.


Peluang.
Dan kemudian berubah.
Berubah demi peluang yang masih datang.

Tapi kenapa kita selalu tunggu bila 
peluang sudah hampir tamat tempoh? 
Atau tunggu hati yang fragile ni 
hampir tertutup rapat sebelum ia terus roboh?

Kita semua memang boleh sabar. 
Dan sabar pun memang kekuatan kepada segala jenis perasaan.

Sabar.
Mudah sebut tapi nak buat, 
tak semudah masa kita sebut.

- Hidd Mihat.



Nak berubah memang susah. Kerana untuk merubah tabiat atau kebiasaan yang sudah sebati di dalam diri kita itu bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi jika kita rasakan perbuatan kita selama ini betul dan tidak salah. Namun, bila kita kenali kelemahan dan kekurangan diri kita, Inshaa Allah kita akan sedar dengan semua perkara tersebut.

Ramai orang yang mahu berubah. Tetapi perubahan yang dilakukan itu tidak kekal lama. Pepatah Melayu kata hangat-hangat tahi ayam. Bunyi macam kasar, tapi bila kita renungkan kembali, itulah kenyataan sebenar yang berlaku kepada kita semua, insan yang lemah.

Jika kita berubah kerana terpaksa atau kerana orang yang berada di sekeliling kita, maka perubahan yang dilakukan itu tidak akan kekal lama. Berubah biar ikhlas kerana Allah swt.

Firman Allah swt yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." - (Ar-Ra'du 13:11)

Berubahlah dengan himmah yang berkobar-kobar dan bersungguh-sungguh. Sentiasa tanamkan di dalam diri himmah untuk berubah agar kita tidak berubah ala kadar sahaja. Kerana orang yang baik dan benar himmahnya, maka baiklah amalan-amalan dia selepas itu. Dan ketahuilah sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian, orang yang tinggi himmah dengan menempuh kesukaran pasti memperolehi apa yang dia inginkan.

Jadi, mana satu pilihan kalian? Berubah atau terus mahu berada di takuk yang sama? Mari sama-sama kita muhasabah semula sedalam-dalamnya.

Hijrah menuju Allah!



050817 - A Day to Remember



Words can't describe how nervous I was to meet his family for the first time. I would rather run a 21KM marathon if I were given a chance during that time, I think? Hahaha! Anyway, I'm so grateful for their warm welcome; it makes me feel less awkward and nervous. 

To this man beside me; I am truly grateful that you're in my life. And to have you as my special one is something that I've never think would happen in my life. No words could describe how much I love you because I really do. Thank you for being such a great man to me, for loving and understanding me endlessly, you are truly my everything.